Unsur 

Sebatian dan campuran terbentuk daripada unsur. Unsur terbentuk daripada satu jenis atom, iaitu jirim yang paling tulen. Karbon ialah sejenis unsur. 

Keadaan jirim
Jirim boleh wejud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan jirim boleh wujud dalam bentuk pepejal , cecair atau gas. Ini dikenali sebagai keadaan jirim.



Sifat fizikal
Semua benda di sekeliling kita mempunyai sifat yang membantu kita mengetahui apakah benda tersebut. Kuprum ialah sejenis unsur. Dawai kuprum berwarna jingga berkilat dan boleh dibengkokkan. Kapur tulis ialah sejenis sebatian. Kapur tulis boleh dipatahkan dengan mudah kerana kapur tulis adalah rapuh. Kapur tulis berwarna putih dan tidak menarik. Campuran seperti pasir dan kerikil mempunyai warna, bentuk dan saiz yang berbeza. Oleh itu, mudah untuk kita membezakan batuan itu. Warna, kerapuhan dan kelicinan adalah sebahagian daripada sifat fizikal. Anda boleh mengenali sifat fizikal hanya dengan melihat atau mengukur. 

Perubahan fizikal 
Jika anda mematahkan sebatang kapur, bentuk dan saiznya berubah. Sifat fizikalnya berubah sedikit tetapi ia masih lagi kapur. Perubahan saiz atau bentuk dikenali sebagai perubahan fizikal.

Perubahan keadaan jirim juga perubahan fizikal. Apabila air dididihkan atau dibekukan, air tersebut masih lagi bersifat air. Apabila ais menjadi cair dan berubah bentuk daripada pepejal kepada cecair, air tersebut masih lagi mempunyai sifat air. Perubahan fizikal ini tidak mengubah bahan yang membentuk air. 


Sifat kimia
Sesuatu bahan akan bertindak balas apabila bersama bahan lain. Sifat kimia akan menentukan apa akan berlaku. Besi bertindak balas dengan oksigen dalam udara lembap untuk membentuk karat. Tindak balas ini menunjukkan sifat kimia besi. 
Besi yang karat


Bahan api seperti petrol dan batu arang mempunyai sifat kimia yang mudah terbakar. Sesetengah logam seperti kalsium dan zink bertindak balas dengan asid dan ini ialah sifat kimia bagi kalsium dan zink.
Batu arang


Perubahan kimia
Perubahan kimia terjadi apabila besi bertindak balas dengan oksigen. Bahan baru yang dikenali sebagai besi oksida atau karat akan terbentuk. Perubahan ini dinamakan tindak balas kimia. Karat tersebut ialah bahan baru yang mempunyai sifat baru. 

Unsur, sebatian dan campuran memainkan peranan dalam tindak balas kimia. 

Binaan blok jirim
Masyarakat Yunani kuno menyatakan bahawa anda tidak boleh terus membahagikan jirim. Pada suatu tahap, anda akan sampai kepada bahagian yang paling kecil. Ia dikenali sebagai atom yang bermaksud "tidak boleh dibahagikan".



John Dalton
Pada awal 1800-an, John Dalton menemukan beberapa idea tentang jirim:


  • semua unsur terdiri daripada atom
  • atom tidak boleh dipecahkan atau dimusnahkan 
  • atom daripada unsur yang sama mempunyai sifat yang sama
  • atom daripada unsur yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza 
  • atom yang terdiri daripada dua unsur atau lebih, boleh digabungkan untuk membentuk sebatian. 


Zarah terkecil dalam atom
Semua jirim terbentuk daripada atom. Atom mempunyai bahagian tengah yang dikenali sebagai nukleus. Nukleus terdiri daripada dua jenis zarah. Proton ialah zarah yang mempunyai cas positif manakala Neutron ialah zarah yang tidak mempunyai cas. 

Elektron ialah zarah ketiga dalam atom dan bercas negatif. Dalam setiap atom, bilangan elektron sama dengan bilangan proton. Oleh itu, casnya seimbang. Ini bermakna, atom tidak mempunyai cas.

CIRI ATOM
  • zarah yang neutral
  • zarah paling kecil dalam suatu unsur
  • wujud sendirian
  • mengambil bahagian dalam tindak balas kimia
CIRI MOLEKUL
  • zarah yang neutral
  • ada 2 atau lebih atom contohnya molekul nitrogen(N2; kalau ada nombor 2 ataulebih di belakang huruf ialah molekul)
  • wujud dalam kumpulan contohnya polisakarida
  • wujud sendirian contoh molekul bromin ,Br2
CIRI ION
  • ada cas positif seperti ion natrium(Na+) atau ada cas negatif seperti ionklorida(Cl-) {kalau ada tanda +/-, itu ialah ion}
  • atom yang terima electron bercas negatif (anion)
  • atom yang buang electron bercas positif (kation)

UNSUR DAN SEBATIAN
  • Jirim dibahagi kepada 2 iaitu unsur dan sebatian
  • Unsur ada satu jenis atom saja
  • Unsur dikelaskan kepada 2 iaitu atom dan molekul cth: Na(atom)…..F2(molekul)
  • Sebatian ada 2 atau lebih unsur yang berlainan
  • Dapat dibahagi kepada 2 iaitu sebatian ion dan sebatian molekul

TEORI KINETIK JIRIM
  • diguna untuk terangkan keadaan zarah-zarah dalam jirim
  • pergerakan zarah bergantung kepada keadaan jirim
  • halaju gerakan zarah dipengaruhi oleh suhu
  • gerakan Brown: Sempena nama saintis British ,Robert Brown yang menjumpainya. Zarah debunga didapati bergerak secara rawak dalam lintasan zig-zag. Ini sebabkan zarah-zarah sentiasa langgar sesama sendiri dan denganzarah-zarah air